Tak rugi pun kalau kita bersikap jujur. Hidup seorang pemandu teksi di Filipina berubah sekelip mata selepas dia memulangkan barang berharga ahlia perniagaan dari Australia yang tertinggal dalam teksinya.
Reggi Cabutatan, 30 ditawarkan menyambung pelajaran dan terus bekerja di syarikat milik ahli perniagaan tersebut.
“Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi,” katanya.
Ahli perniagaan tersebut, Trent Shields berkata, barang yang tertinggal adalah komputer riba, passport, dan telefon yang bernilai ribuan dolar. Dia terlupa semua barang tersebut kerana tidak sihat ketika menaiki teksi Reggi.
“Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.
“Ia menunjukkan integiritnya,” tulis Trent pada Facebooknya.
“Selepas Reggie menamatkan kursus tersebut, dia akan ditawarkan untuk menjalankan latihan amali dengan syarikat milik lelaki itu, mendapat perkerjaan dan pastinya akan dibayar gaji yang lumayan,”
Itu lah. Kalau barang yang bukan milik kita pulangkan sahaja pada pemiliknya.