5 JENIS HUBUNGAN SEKS...MANA SATU BUAT ANDA SELESA?

Hubungan kelamin tidak hanya bersandarkan pada satu jenis dan posisi sahaja. Pasangan perlu bijak mendalami jenis-jenis hubungan seks yang menepati dengan cita rasa anda berdua. Tidaklah bosan apabila tiba masanya. Ketahui lima jenis perhubungan kelamin mengikut cita rasa anda dan pasangan bagi mengukuhkan perhubungan.



1- Passionate sex aka seks mengghairahkan
Seks ini ialah seks yang disertai dengan keghairahan dan nafsu yang membuak-buak. Apabila timbulnya nafsu tersebut, jangan dilengahkan mahupun dihentikan. Nikmati momen seks jenis ini sebaiknya. Sertakan mood dan gaya anda tersendiri agar seks yang dilalui benar-benar memuaskan anda dan pasangan.

Kelebihan:
- Nikmat seks yang segar dan pastinya memuaskan.
- Kebarangkalian besar untuk pasangan mendapatkan zuriat sendiri.
- Lebih intim daripada segi seksualiti dan keserasian antara pasangan.

2- Funny sex atau seks diselangi gelak ketawa
Bukan sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi ramai pasangan lebih senang untuk menjalani hubungan seksual yang diselangi gelak ketawa. Malah, dengan gelak ketawa, pasangan rasa lebih tenang tanpa digugat dengan rasa takut atau kecewa jika gagal untuk memuaskan keinginan pasangan. Gurauan dengan aksi-aksi yang menggelikan hati sedikit sebanyak dapat memuncakkan sedikit rasa teruja dan keghairahan.

3- Seks dengan cara lemah lembut
Diakui ramai, wanita paling suka akan perhubungan intim sebegini. Selain memberikan kenikmatan yang lembut, ghairah yang turut terasa, seks jenis ini lebih menyenangkan perasaan dalaman si wanita. Si lelaki pula haruslah mengambil kesempatan ini tunjukkan sisi lembut anda dengan bermain dengan sentuhan dan ciuman yang bersahaja malah menyenangkan. Jangan terlalu rakus jika si dia masih belum mampu untuk menerima, kelak si dia akan terkejut dan gelora seks tersebut akan hilang. Buaikan dia dengan teknik yang tidak terlampau berlebihan.  Tidak perlu untuk berlebihan dalam mengetengahkan aksi. Lebih santai tanpa perlu menggunakan tenaga berlebihan.

4- Seks dengan cara amarah
Kemarahan itu sendiri boleh menghasilkan keterujaan yang berbeza. Tidak sampai ke tahap dendam dan amarah yang berlebihan, cukup sekadar menjadikan seks satu pendekatan bagi meredakan kedinginan dalam jiwa. Apabila emosi turun naik, ia akan melahirkan satu momen di mana seks akan menjadi lebih ganas tetapi mengujakan.

5- Seks cara spiritual
Seks jenis ini kebiasaannya dilakukan terutama bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Pada ketika ini, kedua daripada anda memiliki pendekatan secara spiritual di mana perasaan dan emosi saling berhubung dalam melayani rasa dan sentuhan yang diaplikasikan. Secara asasnya, seks ini tidak dipandu nafsu yang terlampau membuak, tetapi lebih kepada rasa ingin mendalami jiwa pasangan melalui perhubungan intim.
Kelebihan seks sebegini menawarkan pengalaman luar biasa di awal perhubungan anda berdua bermula. Ikatan emosi dan perasaan lebih menyerlah. Lebih lama kerana ia lebih kepada aspek mendalami hati dan emosi pasangan.