RAMAI LELAKI TIDAK SUBUR AKIBAT 'TERLUPA' DENGAN 5 PERKARA INI

Budaya dan gaya hidup masa ini nyata menjadi penanda aras kepada tahap kesuburan lelaki. Semakin aktif seseorang lelaki semakin tinggi tahap stamina yang dijana untuk menghasilkan tenaga sekali gus mencipta kadar hormon ‘testosterone’ yang lebih tinggi dalam tubuh.

Amalan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta menghindari gejala yang tidak bermoral ternyata antara aspek terpenting untuk mencipta tahap kesuburan terbaik buat lelaki normal.
Kesan pancaran radiasi
Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Elak daripada bedekatan dengan punca radiasi ini kerana ia kan emberi kesan buruk kepada tahap kesuburan anda.

Hindari suhu panas melampau
Haba yang terhasil daripada pelabagi factor seperti cuaca, bahan bakar, peralatan elektronik dan sebagainya adalah salah satu punca kepada ketidaksuburan lelaki. Pancaran secara terus haba yang panas mampu membuatkan kadar penghasilan sperma menjadi berkurangan dan mungkin menjadi lemah.
Oleh yang demikian, hindari daripada erdedah secara terus dengan sumber haba yang tinggi untuk memastikan hormon anda bertindak secara natural dan normal untuk menghasilkan sperma yang bermutu tinggi.

Jangan pakai seluar ketat
Ruang pengudaraan dan persekitaran yang lebih luas memudahkan alat sulit anda lebih selesa untuk menjalani proses produktiviti.
Seluar dalam yang lebih ketat adalah tidak sesuai kerana kepadatan ruang yang dialami akan menyebabkan zakar dan testis anda sukar untuk menembusi udara dan menyempitkan saluran dalaman alat sulit untuk menjalani proses secara natural. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan ketidaksuburan dan produktiviti juga akan terjejas.

Jangan stress
Cari alternatif untuk mengelakkan daripada diri anda terus dilanda stress akibat tekanan kerja dan apa jua masalah yang dihadapi. Lakukan aktiviti kecergasan seperti bersenam, latihan di gimnaisum mahu pun aktiviti luar yang lebih produktif dan semulajadi.
Ketenangan sebenarnya mampu untuk menjadikan anda lebih fokus dalam melakukan apa jua perkara termasuk ketika beraksi di ranjang bersama pasangan. Fokus dan bertenanglah untuk hubungan seksualiti yang lebih berkesan.

Berhenti merokok
Selain daripada mengamalkan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, pengambilan protein yang tinggi serta anti-oksida yang mencukupi, anda perlu terlebih dahulu berhenti daripada merokok. Dengan berhenti daripada merokok, segala amalan diet yang dilakukan akan 200% lebih berkesan berbanding ketika masih anda merokok. Tidak guna jika amalkan makanan sihat tapi  masih tidak tinggalkan sikap merokok.