KAYA GILA, BELI TIKET PESAWAT DEMI BAWA 80 HELANG. (LIHAT GAMBAR)

Beberapa hari yang lalu telah viral gambar yang menunjukkan sekumpulan burung helang di dalam sebuah kapal terbang penumpang dan mengikut sumber, individu yang membeli tiket untuk burung tersebut adalah seorang putera diraja Arab Saudi.

Menerusi gambar yang disiarkan oleh laman web Reddit itu menunjukkan kumpulan burung helang itu diletakkan di tempat duduk penumpang dalam keadaan mata yang ditutup serta diikat dengan selamat di kerusi penumpang.
kaya-gila-beli-tiket-pesawat-demi-bawa-80-helang-vitdaily-003                                         Sekadar gambar hiasan
Membawa burung helang di dalam pesawat adalah satu perkara biasa di negara timur tengah bahkan burung helang juga merupakan burung rasmi untuk Negara Arab Bersatu (UAE).
Jadi ia tidak menghairankan mengapa syarikat penerbangan di sana membenarkan membawa burung helang di dalam penerbangan mereka.
Mengikut artikel daripada Atlas Obscura mengatakan setiap burung helang akan mempunyai pasport hutan hijau yang membenarkan ia terbang di UAE serta negara-negara seperti Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia Pakistan, Morocco dan Syria.
Dalam masa yang sama laman web Qatar Airways turut mengatakan seorang penumpang kelas ekonomi boleh membawa enam ekor burung helang dalam satu perjalanan.
Etihad Airways juga membenarkan burung helang di dalam pesawat mereka sekiranya segala dokumen dilengkapkan dan juga syarikat mereka menerima burung helang untuk di daftar masuk sebagai bagasi.

Related Posts