Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Namun, tidak semua orang mahu kentut di depan pasangannya. Sebabnya, perkara tersebut dianggap memalukan, kotor, dan takut jika pasangan terganggu.
Padahal, kentut di depan isteri atau suami punya banyak manfaatnya. Kentut adalah mekanisma tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Para pengkaji mengatakan bahawa kentut di depan pasangan akan membuat hubungan lebih tahan lama.
Cuba ingat semula bila kali pertama anda kentut di depan suami?
Jika sebelum berkahwin: ANDA SANGAT BERTUAH! Sebab beliau masih mahu melamar anda.
Jika selepas berkahwin: ANDA LEBIH BERTUAH LAGI! Hubungan perkahwinan langsung tidak sama dengan hubungan dengan orang lain di sekeliling kita.
Kalau di tandas awam pun kita malu-malu hendak kentut. Takut orang sebelah dengar, kan?.
Kentut tu semulajadi. Dan ia menyihatkan. Memang tahan kentut tu tidak merbahaya tetapi ia boleh menyebabkan cramp, rasa nak muntah dan abdominal pain sebenarnya tau? Kajian oleh Dr. Oz mendapati lelaki dan perempuan keluarkan angin sama banyak sahaja sebenarnya (perempuan nampak jarang kentut sebab dia nyorok-nyorok je kan?) iaitu sekitar 1/2 liter sehari.
Tidak mengapa. Kentut jer.
Kentut di depan suami adalah satu cara menunjukkan keintiman dan betapa rapatnya kita dengan dia. Pasangan yang kentut bersama akan ketawa bersama. Jika anda mampu ketawa bersama, jelas terbukti kekuatan hubungan anda berdua!.
Tetapi kalau momen kelakar pun nak sembunyi daripada pasangan, agaknya momen lain pasangan akan sembunyi tak? Bukankah pasangan suami isteri seharusnya bersikap telus? Menerima seadanya.
Kentut di depan suami juga boleh menguji sejauh mana hubungan yang terjalin. Si isteri selalu kentut katanya. Adakah suami menghargai kita seadanya? Wangi dan busuknya?
Atau mungkin pasangan cuma mahu sewaktu wangi saja? Membenarkan suami mendengar kentut anda adalah satu penghargaan. Bermakna anda membenarkan dia memasuki ruang peribadi diri anda.