Setiap hari kita menjalankan aktiviti menggunakan teknologi atau teknologi maklumat, namun adakah kita tahu apakah itu teknologi dan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui teknologi??
Apakah maksud TEKNOLOGI?
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.
Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.
Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga (1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik.
Terdapat beberapa kepentingan dalam teknologi maklumat:
Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat Menerusi teknologi maklumat manusia mudah untuk mendapatkan pelbagai maklumat seperti pendidikan, alam semulajadi, isu-isu semasa, politik dan lain-lain.
Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat Menerusi teknologi maklumat manusia mudah untuk mendapatkan pelbagai maklumat seperti pendidikan, alam semulajadi, isu-isu semasa, politik dan lain-lain.
Selain itu, ianya memudahkan manusia bekomunikasi antara satu sama lain. Pada masa kini terdapat banyak laman sodial seperti facebook, twitter dan sebagainya boleh dijadikan platform untuk manusia mengenali antara satu sama lain dan juga bertukar
Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli perniagaan menjalankan aktiviti
perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna untuk menjalankan urusan jual dan beli.
perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna untuk menjalankan urusan jual dan beli.
Akhir sekali, teknologi membantu manusia dalam urusan perbankan. Dalam erti kata lain, urusan
pembayaran dan pembelian. Contohnya, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan
perbankan melalui laman sesawang sahaja. Seperti urusan perbankan hanya dilakukan melalui
Maybank2u.
Kesimpulannya, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperoleh menerusi teknologi untuk memudahkan masyarakat
menjalankan kerja seharian.