Dewasa ini, terdapat
pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar
negara. Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat
khabar,majalah,komik dan sebagainya .Bahan bacaan ini boleh didapati di
kedai-kedai buku, sekolah dan perpustakaan. Pada era kini, kita juga boleh membaca melalui internet yang mana ianya lebih mudah untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan.
Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri
sendiri Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu
pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial. Selain daripada itu terdapat juga beberapa kebaikan membaca:
1. Membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu
pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung
kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah
pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti
berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Membaca adalah
satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana
dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika
anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat
kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk
kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif
minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan
mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih
sihat.
3. Jika anda rajin
membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah
memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan.
Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika
menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan
sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda
akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
4. Membaca akan
meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama
memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan
mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan
sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara
yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana
membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara
tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin
dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih
anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu
membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda
mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual
membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah
sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan
sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda.
Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari,
itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca
ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya.
Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan
memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan
maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam
minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya
anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup
anda.
7. Adakah anda selalu
merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada
aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa
bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari
mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa
sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya
menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan
mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun
banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda
membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun
anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan
rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca
dapat membantu anda dari keluar tekanan.
9. Rajin membaca
akan meningkatkan kebolehan membaca dan tatabahasa anda. Pada mulanya
memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan
menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan
keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda
sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah
semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
10. Membantu anda
berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak
pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa
lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa
yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi
dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan
berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu