WASPADA! BERAS TIRUAN DARI GULUNGAN KERTAS BERLELUASA DI CHINA

Sebelum ni udang tiruan, baru-baru ini, beras tiruan berisi kertas didalamnya ditemui oleh seorang wanita apabila dia mendapati nasi yang dimakannya liat dan susah untuk dikunyah.


Wanita yang hanya dikenali sebagai Cai, memberitahu kepada pemberita bahawa dia dan keluarganya tidak perasan apa-apa sehinggalah apabila dia menggigit nasi yang sudah dimasak dan mendapati terdapat beberapa butir beras tersebut keras.
Menurut Apple Daily, Cai kemudian mengambil sebutir dari mulutnya, diperiksa dengan teliti dan mendapati bahawa butiran beras tersebut sebenarnya gulungan kertas kecil.


Cai memberitahu pihak polis bahawa dia membeli beras tersebut di gerai jalanan yang memberi jaminan bahawa beras tersebut adalah hasil daripada padi yang ditanam di luar bandar tanpa menggunakan racun perosak.
Ini bukan kes pertama pernah terjadi. Pada Januari lalu, terdapat laporan tentang beras plastik berleluasa di pasaran China.