Kita semua tahu bahawa kandungan gula dalam minuman ringan sangat tinggi dan tidak baik untuk kesihatan.
Tapi, bukan itu sahaja, banyak lagi kesan daripada minuman ringan yang akan membuatkan anda terkejut.
1. Melemahkan tulang
Minuman ringan menghilangkan kalsium dari tulang, sehingga membuatkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Kandungan fostat dan kafein yang ada dalam minuman ringan yang mencegah tulang dari menyerap kalsium.
2. Menaikkan berat badan
Ini semua orang tahu. Ini kerana minuman ringan mengandungi kadar gula yang tinggi dan menjadi punca obesiti yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
3. Tekanan dan rasa cemas
Jika anda penggemar minuman ringan, ia akan menyebabkan anda rasa tertekan dan mudah terasa. Ini kerana kandungan aspartam dalam minuman ringan, menukar komposisi kimia dari otak dan menyebabkan cepat tertekan.
4. Diabetes
Mereka yang gemuk dan keturunan kencing manis, perlu menjauhi minuman ringan kerana berisiko untuk menghidap diabetes.
5. Meningkatkan risiko Barah
Banyak bahan kimia berbahaya dalm minuman ringan boleh merosakkan sel-sel tubuh dan menjadi punca penyakit barah.
6. Memperlambat fungsi ginjal
Minuman ringan mengganggu fungsi ginjal. Bahan kimia Yang terkandung Dalam minuman ringan akan terperangkan di ginjal dan mengganggu kerja ginjal.
7. Mengidam Makanan manis
Apabila anda minum minuman ringan, pasti anda akan inginkan makanan manis pula. Dah la minuman ringan tersebut mengandungi kandungan tinggi, ditambah pula dengan makanan manis. Hurmm… anda tahu sendiri la kan.