Siapakah trilionair pertama dunia? Bukan billionair tau..yang ni trilionair!!

Bill Gates akan menjadi trilionair pertama di dunia dalam masa 25 tahun, jika umurnya panjang.

Menurut Oxfam, Harta pengasas Microsoft yang berusia 61 tahun itu dikatakan akan terus berkembang dan membolehkan orang paling kaya di dunia ketika ini mencapai tahap trilionair 25 tahun akan datang.
Walaupun membahagikan wangnya untuk tujuan kebajikan menerusi yayasan yang ditubuhkannya, harta Gates meningkat sebanyak AS$25 bilion dalam tempoh 10 tahun selepas dia meninggalkan Microsoft.
Berdasarkan pertumbuhan kekayaan Gates sekarang, beliau akan mendapat AS$1 trilion ketika berusia 86 tahun, pada 2042.
Menurut pertubuhan antarabangsa mengatasi kemiskinan, Oxfam, ketika Gates meninggalkan Microsoft pada 2006, hartanya bernilai AS$50 billion dan sedekad selepas itu, bertambah kepada AS$75 billion.
Penyelidik menggunakan kadar pertumbuhan purata harta Gates untuk meramalkan pertumbuhan kekayaannya, iaitu 11 peratus sejak 200.
“Jika pertumbuhan itu kekal, Gates (yang kini orang terkaya dunia dalam senarai Forbes dengan harta AS$84.4 bilion) akan menjadi trilionair pertama dunia dalam masa 25 tahuh,” kata Oxfam.
Menurut Oxfam, kekayaan seseorang yang terlalu kaya sukar untuk berkurangan kerana semakin besar pelaburan, lebih besar pulangannya.
Pada 2013, Gates menyumbang AS$28 bilion kepada kebajikan menerusi yayasan ditubuhkannya.
Laporan Oxfam sebelum ini menyatakan jumlah harta lapan bilionair dunia sekarang, iaitu Gates, pelabur Warren Buffett, Amancio Ortega (Inditex), Carlos Slim ( Mexico), Jeff Bezos (CEO Amazon), Mark Zuckerberg (Facebook), Larry Ellison (Oracle) dan bekas Datuk Bandar New York Michael Bloomberg, sama banyak dengan jumlah harta 3.6 bilion penduduk dunia.
SUMBER: Harianmetro