Oleh: Aimi Nordin Sumber: DailyMail
Seorang petani sanggup menghabiskan masa selama 16 tahun belajar undang-undang sendiri hanya untuk menyaman sebuah syarikat kimia, Qihua Group yang telah menghancurkan segala tanamannya pada tahun 2001. Walaupun, Wang Enlin, 60-an hanya bersekolah selama 3 tahun, tetapi dia sanggup baca dan beli pelbagai jenis buku undang-undang dengan bantuan kamus.
Walaupun Qihua Group, yang aset melebihi dua bilion yuan (£ 233 juta), telah membuat rayuan terhadap keputusan itu, namun Wang tetap mahukan keadilan untuk dirinya dan jiran-jirannya kerana mereka tak boleh lagi bercucuk tanam.
Syarikat tersebut menghasilkan polyvinyl klorida dan mengeluarkan 15,000 hingga 20,000 tan sisa kimia setiap tahun. Buat bahagian pertama, Wang telah pun memenangi kes tersebut.
