Pantai gelas ini terletak di Teluk Ussuri di timur laut Peter the Great Gulf. Dari jauh nampak macam banyak batu permata yang berwarna-warni menghiasi pantai tersebut. Tapi tu bukanlah batu permata seperti yang anda sangkakan, ia sebenarnya serpihan dari botol-botol kaca yang telah hancur akibat hakisan air laut.
Untuk pengetahuan semua, pantai gelas ini sebenarnya tempat pembuangan botol-botol minuman yang diperbuat dari kaca. Ianya juga pernah dianggap sebagai tempat paling berbahaya, namun tidak lagi.
Kini pantai ini sering dikunjungi oleh para pelancong. Menurut Daily Mail, pengunjung juga perlu membayar bayaran masuk untuk melihat keindahan pantai tersebut.
Pantai ini mendapat julukan pantai gelas kerana keindahan pantai yang terhasil dari ribuan serpihan botol minuman kaca yang berwarna-warni.
