LELAKI MAUT LEPAS DAPAT ‘GIGITAN CINTA’ DARI KEKASIH

Seorang remaja lelaki di Mexico maut selepas mendapat ‘gigitan cinta’ atau ‘love bite’ dari kekasihnya. Memang mengejutkan! Siapa sangka gigitan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu diserang strok.

Remaja lelaki tersebut, Julio Marcias Gonzales,17, mengalami kekejangan ketika duduk makan bersama keluarganya. Paramedik bergegas datang ke kediaman Gonzales di Iztapalapa, Bandar Mexico. Malangnya, Gonzales tidak dapat diselamatkan.
Menurut laporan Dailymail, pihak hospital yang membuat bedah siasat memberitahu. ‘gigitan cinta’ itu menyebabkan darah pada pembuluh mengalami pembekuan sehingga aliran darah tidak berjalan ke otak, sekaligus menyebabkan serangan strok.
Kekasih Gonzales dilaporkan telah menghilang diri selepas ibu bapa Gonzales menyalahkan gadis tersebut di atas kematian anak mereka.
Ini bukan kali pertama kes ‘gigitan cinta’ telah menyebabkan serangan strok. Sebelum ini di New Zealand, seorang wanita diserang strok oleh kerana gigitan manusia.