Perkahwinan lelaki muda bersama wanita yang jauh lebih berusia sudah tidak menjadi sesuatu yang asing lagi bagi kita. Namun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang masih pelik dan mempersoalkan tentang bagaimana agaknya si lelaki muda boleh terpikat dengan wanita yang mungkin sudah berpangkat makcik.
Tidak ada siapa di antara kita yang bisa menolak ketentuan takdir. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Jadi mengapa perlu dipersoalkan tentang mengapa lelaki muda lebih memilih untuk memperisterikan wanita yang lebih berusia.
Mesti ada sebab-sebab yang membuatkan mereka lebih memilih pasangan yang lebih tua ni kan? REMAJA ingin berkongsi TUJUH sebab utama kenapa lelaki muda lebih tertarik kepada wanita yang lebih tua.
1. Bijak dalam kata-kata
Perbualan dengan wanita berusia merupakan sesuatu hal yang sangat penting kerana melalui perbualan ini, mereka biasanya gemar bercerita tentang pengalaman hidup. Bukan soal hanya berbual tentang kisah hidup, malah lelaki lebih menghargai pengalaman daripada seorang yang lebih berusia.
2. Matang
Oleh kerana wanita lebih cepat matang daripada lelaki, maka lebih ramai kaum lelaki lebih senang untuk bergaul dengan wanita yang matang, berdikari dan mempunyai sifat keibuan. Jangan tak tahu, lelaki juga suka jika dimanjakan.
3. Bertanggungjawab
Seorang wanita yang lebih berusia mungkin sudah mempunyai kerjaya dan kehidupan yang lebih stabil. Mereka cenderung untuk lebih fokus dan berpendirian tetap. Wanita seperti ini mampu untuk membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada lelaki bagaimana cara untuk menjalani kehidupan dan meningkatkan taraf hidup.
4. Jujur
Kejujuran dan kepercayaan adalah kunci utama untuk memastikan perhubungan berjalan lancar dan bertahan. Wanita dewasa lebih menghargai betapa pentingnya sebuah kejujuran, kepercayaan dan kehormatan. Mereka juga lebih cenderung untuk mengakui kesalahan dan kemudiannya meminta maaf apabila membuat salah terhadap pasangan.
5. Mudah difahami
Menjalinkan perhubungan dengan wanita yang lebih berusia memang tidak dapat lari daripada dugaan dan juga tentangan. Namun begitu, lelaki lebih suka wanita yang lebih tua kerana kemampuan wanita dewasa ini untuk berkompromi dengan mereka. Berpasangan dengan wanita berusia ini lebih terbuka dalam menyampaikan apa sahaja kemahuan lelaki dan tidak timbul isu bermain teka-teki bersama pasangan.
6. Realistik
Wanita memang gemar berimaginasi. Namun, kebanyakan wanita akan dengan sendirinya berubah apabila umurnya meningkat. Oleh sebab itu, wanita dewasa lebih realistik dalam memandang kehidupan.
7. Memuaskan
Wanita yang lebih berusia sudah pasti mempunyai pengetahuan lebih banyak tentang hal yang satu ini. Lebih-lebih lagi jika dia seorang janda, tentunya pengalaman di ranjang boleh membantu dalam perhubungan. Namun, wanita berusia tidak pernah takut untuk memberitahu pasangan tentang apa yang mereka inginkan.
Kejujuran, kepercayaan dan sikap terbuka dapat memberikan kepuasan yang lebih buat kedua-dua pasangan. Jika mereka dapat dipuaskan secara seksual, bukan sahaja dapat merapatkan lagi hubungan tetapi juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keintiman.
Jadi lepas ni rasanya tidak perlu lagi hendak dipertikai dan mempersoalkan kenapa lelaki lebih memilih wanita berusia untuk dijadikan pasangan hidup. Letakkan kepercayaan kepada ketentuan Tuhan, pastinya hidup kamu lebih bahagia.