Kebanyakan pakar seks menyimpulkan, supaya untuk anda bersama isteri puas bercinta hingga mencapai klimaks dan orgasme, wanita memerlukan waktu sekurang-kurangnya 15 minit untuk pemanasan atau foreplay sebelum hubungan seksual yang sebenarnya dilakukan.
Tapi apakah teknik yang boleh diamalkan sepanjang 15 minit itu agar tidak terasa membosankan dan melelahkan kerana cadangan teknik bervariasi yang kita ketahui cuma sedikit sahaja? Ramai juga lelaki yang gusar kerana kurang mengerti bagaimana untuk melakukan foreplay yang berkesan.
Berikut adalah beberapa panduan pemanasan yang berguna bagi kaum lelaki menghidupkan saat foreplay mereka:
1. Mulakan dari Tangan Pasangan Anda
Ramaslah dengan lembut jari-jari tangan pasangan anda lalu ciumlah bahagian belakang jari-jemari itu. Menurut ahli penata kuku (manicurist), bahagian jari-jari adalah kawasan yang sangat peka pada rangsangan wanita yang paling sering diabaikan oleh kaum lelaki.
2. Lanjutkan dengan Kucupan-kucupan Ringan
Mulakanlah dari bibir bawahnya. Dengan lembut, selipkan bibir bahagian bawah pasangan di antara bibir anda, lalu hisaplah secara perlahan-lahan. Kemudian, tetap dengan cara yang lembut, arahkan bibir anda ke bibir atas pasangan anda, lalu halakan ke leher dan dagu, telinga, dan ke kelopak mata.
3. Berikutnya, Ciuman Berghairah
Keluhan umum dalam ciuman: cara yang terlalu bernafsu adalah menjulurkan lidah. Jadi, untuk mencapai mulut pasangan anda, jangan julurkan lidah lebih dari sepertiganya. Tapi, gunakan hujung lidah anda untuk bermain-main bersama hujung lidah pasangan anda.
4. Lalu, Ciumlah Seluruh Bahagian Tubuhnya
Pusatkan pada bahagian-bahagian yang sering dilupakan: paha bahagian dalam, bahagian belakang lutut, belakang daun telinga, dan bahagian atas payudara (bukan pada bahagian puting). Alihkan dari satu titik ke titik yang lain. Setelah mencium suatu bahagian , dengan lembut hembuskan bahagian itu.
5. Mula Menggunakan Tangan
Jangan berkasar dengan buah dadanya. Bila putingnya tidak menegang, jangan memicit atau menariknya. Sebaliknya, gunakanlah telapak tangan anda untuk meraba keseluruhan payudara dengan gerakan memutar. Mulakan dengan sedikit tekanan, lalu tingkatkan tekanan tersebut sehingga pasangan terlihat memberikan respon.
Jadi tidak sukar kan pergerakan yang ditunjukkan di atas. Jika anda boleh melakukannya dengan baik maka ia akan membolehkan anda untuk menaikkan keghairahan pasangan untuk berasmara dengan anda. Lakukan cermat dan anda akan dijamin untuk menikmati malam yang sungguh mengasyikkan bersama pasangan.