Maria Gloria de Souza, 64, dari Brazil terkejut selepas melihat salah satu telur yang dikumpul dari ayam ternakannya mempunyai saiz yang lebih besar dari yang lain.
Telur itu dikatakan mempunyai saiz tiga kali ganda besar dari saiz telur ayam normal. Ini merupakan kali pertama Maria melihat sesuatu yang luar biasa seperti ini walaupun sudah 20 tahun menternak ayam.
Kerana ingin tahu, Maria telah memecahkan telur seberat 6 ons itu. Dia terkejut kerana mendapati terdapat sebiji lagi telur ayam di dalam telur ayam itu.
Difahamkan, kejadian seperti ini berlaku berpunca dari pembentukan yang tidak sempurna ketika ayam sedang bertelur.